05 August 2013

Noise from X2 Residency worksite

A joint letter with Resident Association Phase 1A & 1B and Phase 2E, was delivered to Majlis Perbandaran Sepang. The content of the letter as follows:

Ruj : 1308-001
2 hb Ogos 2013

YDP MOHD SAYUTHI BIN BAKAR
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sepang,
Persiaran Semarak Api,Cyber 1,
63200 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan

Tuan

KEGANGGUAN BUNYI DARI TAPAK PEMBINAAN DI JALAN PUTRA PRIMA UTAMA

Dengan segala hormat , perkara diatas yang dirujuk, pihak kami bersamaan dengan Persatuan Penduduk Taman Putra Prima Fasa 1A & 1B dan Persatuan Penduduk Taman Putra Prima Jln PP 4/10 hingga Jln PP 4/15 mewakili penghuni-penghuni dari fasa 1A & 1B, fasa 2A dan fasa 2E ingin memohon jasabaik Tuan agar dapat mempertimbangan permintaan kami untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh komuniti kami seperti berikut:
  • Gangguan bunyi kerja-kerja dari tapak pembinaan
  • Gangguan bunyi hon dari lori-lori yang ingin masuk ke tapak pembinaan.
  • Kejadian bunyi berlaku sepanjang hari sampai larut malam dan awal pagi termasuk hari Ahad.
Dengan itu pihak kami ingin memohon supaya pihak Tuan dapat menghadkan waktu operasi di tapak pembinaan pangsapuri mewah X2 Residency yang dimajukan oleh Samik Corporation Sdn Bhd (Metrogen Sdn Bhd) di Jalan Putra Prima Utama, Taman Putra Prima, Puchong. Kami ingin waktu operasi dihadkan seperti berikut:-
  • Isnin-Sabtu : 7pagi – 7 malam
  • Ahad, cuti am & cuti Negeri Selangor : Tutup
Pihak kami yakini pihak Tuan dapat menolong penghuni-penghuni kami dari kesesakan berdasar kepada jasabaik pihak Tuan yang diberikan sebelum ini.

Sekian terlebih dahulu kami mengucap terima kasih kepada Tuan .

Yang Iklas
 
Their workshop is just located about 200 ft from Lingkaran Putra Prima fence (road parallel to Jln PP 1/2). The entrance to worksite is located junction near Jln Putra Prima Utama and Jln Putra Prima Barat. There where the lorries entering the worksite and sounding their horns regardless of the hour of the day.
 
 

No comments:

Post a Comment