Apakah Jerebu?
Jerebu
ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel
kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara.
Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan
sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam
kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya
matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan
mata kasar.
Punca - Punca
Jerebu
Punca
utama jerebu adalah akibat daripada :
·
Pembakaran
Secara Terbuka
·
Asap
Dari Kilang
·
Asap
Dari Kenderaan
HINDARI
DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks
Pencemaran Udara (IPU)
IPU
diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan
beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan
untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut
:-
NILAI IPU STATUS
0 –
50 Baik
51
- 100 Sederhana
101
- 200 Tidak Sihat
201
- 300 Sangat Tidak Sihat
301 -
500 Berbahaya
Anda
perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan
radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat
mengambil langkah - Iangkah pencegahan.
JEREBU MENGANCAM
KESIHATAN ANDA
Keadaan
jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang
terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
Ø Kanak-kanak
Ø Orang tua
Ø Mereka yang
mengalami penyakit asma
Ø bronkitis
Ø radang paru-paru
Ø penyakit
paru-paru yang kronik
Ø jantung
Ø alahan
Ø Perokok
Ø Mereka yang
sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan
Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan
yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
Ø Terasa
gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
Ø Terasa sukar
untuk bernafas atau sesak nafas.
Ø Mata terasa
pedih dan berair.
Ø Hidung berair
dan kerap bersin.
Ø Kulit badan
terasa gatal-gatal.
Ø Terasa sakit
dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya
anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.
CEGAHLAH
PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
·
Mereka
yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata,
sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik
dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
·
mereka
yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat
seperti yang dinasihatkan.
·
Penutup
hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka
yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga
mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
·
Perokok
yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit
jangan merokok di dalam rumah.
·
Sejauh
yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau
rumah.
·
Kurangkan
aktiviti sukan di luar rumah
·
Orang
ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang
terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
·
Sekiranya
kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
·
Orang
ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
·
Perokok
dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU
yang melebihi 100 )
·
Mereka
yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu
sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
Kementrian Kesihatan Malaysia